|
When I Ask Allah
Rabu, 31 Julai 2013 | 3:20 PG | 0 Girly Says
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatu.. haa ! mesti korang pelik kan ? kenapa tajuk dia semacam jewp .. hehehehe ... one day , i'm always think , apa tujuan tehah diwujudkan dekat dunia ni ? kenapa tehah berada di atas muka bumi Allah SWT yang amat luas dan indah ni ? in one night , i'm said to my hearttehah :- Ya Allah , kenapa aku diwujudkan di dunia ini ? hati tehah :- kerana engkau telah dipilih oleh Allah SWT utk hidup di bumi ini. tehah :- Ya Allah , kenapa aku berada di dalam kehidupan yang serba mewah sedangkan ramai hamba-hambuMu di luar sana yang lebih miskin daripadaku. Tapi kenapa aku wujud di dalam keluarga ini ? hati tehah :- kerana Allah ingin engkau sedar bahawa engkau harus bersyukur dengan kenikmatan yang telah diberi olehnya. tehah :- Ya Allah , tatkala aku kesedihan , aku sunyi. kenapa tiada sesiapa yang ingin mendengar rintihanku ini ? hati tehah :- kerana Allah SWT rindu mendengar rintihanmu yang sudah lama hilang akibat dirimu ditenggelami kegembiraan dunia. Jadi jika engkau kesedihan , engkau luahkanlah kepadaNya. Pasti dia setia mendengar rintihan hatimu ini yang kesedihan. tehah :- Ya Allah , macam mana aku ingin bertemu denganMu ya Allah ? hati tehah :- oh senang sahaja soalanmu itu. Engkau boleh berjumpa denganNya 5 kali satu hari. Nak tahu bagaimana caranya? Pada waktu solat subuh , zohor, asar , maghrib dan isyak. Didalam solatmu itu jua , engkau boleh meminta keampunan dan kemaafan daripadanya atau engkau boleh mengadu kepadanya masalah engkau kepadaNya. Rintihan engkau kepadaNya. Malahan engkau boleh meminta bantuan daripadaNya. tehah :- Ya Allah , mengapa aku akan mati suatu hari nanti ? hati tehah :- engkau akan mati kerana apabila engkau di padang mahsyar , malaikat akan menyoalmu, dan engkau akan dihitung sama ada dosa engkau yang berat atau pahala . tehah :- macam mana kalau dosa aku berat ? hati tehah :- tatkala engkau di padang mahsyar , engkau akan menyesal kerana engkau tidak menjalankan perintahnya. Jikalau engkau ingin memasuki syurgaNya , engkau haruslah membaca al-quran , sembahyang serta berzikir kepada Nabi Muhammad SAW dan kepadaNya. tehah :- macam manakah apabila sebelum aku dilahirkan ke dunia ini ? hati tehah :- sebelum jasadmu ditiupkan roh , jasadmu telah berjanji kepada Allah bahawa tiada tuhan yang harus kamu sembah melainkan aku , Allah . Hanya tuhan yang satu. dan semua teka-teki hidup tehah telah pun terjawab.. ya rabbi , betapa sayangnya Allah kepada hambanya , mungkin selama ini tehah hanya bergoyang kaki ... tetapi setelah tehah meningkat remaja dan dewasa , otak tehah sentiasa berfikir dan berfikir. Terima Kasih Ya Allah , tanpamu aku tidak akan wujud di muka bumi ini... |